Tuesday, February 24, 2009

UiTM….Pemangkin Halatuju Agenda Nasional



1.0 Pengenalan

Penubuhan ITM/UiTM adalah amat berbeza dengan penubuhan lain-lain Universiti awam di Malaysia. Bersesuaian dengan peranan yang digariskan oleh Kerajaan Malaysia, UiTM telah berusaha secara berterusan untuk memperkukuhkan pembangunan akademik UiTM supaya graduan Bumiputera yang dilahirkan menjadi profesional yang dapat membangunkan masyarakat dan negara. Keunikan peranan UiTM mestilah dilihat melalui kanta strukturnya yang cukup besar (Terbesar didunia). Lebih dari itu, ianya bukan sahaja satu universiti atau IPTA semata-mata. Ianya mempunyai pelbagai watak ( Survival bangsa, pengimbang keharmonian negara dan budaya kecil yang pelbagai yang sentiasa di intip masyarakat umum dan dunia). Misi perlu jelas dengan berpaksikan dengan keperluan perubahan yang menghambat keperluan .Dalam hal ini, tumpuan hebat ternyata perlu diberikan kepada teras kualiti akademik dengan komponen utama ( Pelajar, Pensyarah dan Universiti) semesti digarap sehalus dan serapi mungkin untuk menjadi pemangkin agenda nasional dalam halatujunya.

2.0 Agenda Nasional

” .. Rakyat adalah aset negara paling berharga.Pembangunan modal insan dan anjakan minda dan pemikiran warga merupakan salah satu cabaran terbesar.

Sekiranya kita ingin melangkah ke era ekonomi berpaksikan pengetahuan, jika kita mahu menjadi negara maju dan kekal pada tahap tersebut, pembangunan modal insan harus diutamakan.
.
(YAB Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri . Malaysia)

Dalam merealisasikan hasrat murni ini kita perlu sedar tentang harapan ‘stakeholders’ dan seluruh lapisan rakyat kepada UiTM adalah tinggi melangit. Prestasi UiTM sentiasa dinilai dari masa ke semasa dan UiTM tidak mampu membuat kesilapan dalam aspek pelaksanaan dasarnya . Justeru, UiTM perlu landasan yang kukuh ke arah mempertingkatkan kualiti akademik bagi menghadapi perubahan dan daya saing yang mewarnai landskap pengajian tinggi yang merentasi sempadan.
Nilai akademik yang utama seperti budaya menerokai ilmu, budaya berfikir, bersikap kritikal, tidak mudah putus asa untuk menghasilkan penemuan baru serta mencari kebenaran berdasarkan pelbagai disiplin ilmu perlu dipertahankan. Pada masa yang sama UiTM perlu berpijak di bumi nyata dengan mengguna-pakai serta menyepadukan ilmu dengan keperluan gunaan termasuk industri kerana masyarakat mengharapkan UiTM menghasilkan sesuatu yang sesuai dengan keperluan semasa dan masa depan masyarakat dan negara.
“ Saya ingin membawa UiTM menjadi world class university. Apakah kita ingin berlawan secara langsung dengan Harvard atau Yale? Tentu sekali orang akan ketawa mendengar pertanyaan ini. Saya sendiri tidak ingin memperbodohkan diri sendiri. Bagaimanapun saya mempunyai rancangan bagi mencapai keinginan tersebut dengan cara kita sendiri. Acuan kita.

(Dato’ Seri Profesor Dr. Ibrahim Abu Shah: Persidangan Akademik UiTM Terenganu, Kota Bharu , 2002)

Ternyata halatuju pimpinan Naib Canselor UiTM yang menegaskan kearah pencapaian World class academic excellance adalah cukup tepat, bukan mimpi dan khayalan kosong yang sukar di realisasikan. Halatuju yang mengariskan kepada anjakan paradigma, memperkasakan budaya kesarjanaan dan keprofesionalan, menerapkan nilai insaniah serta melahirkankan graduan yang ada softskills, social skills, berkeyakinan dan membangunkan towering personality.

3.0 Cabaran Semasa

• 5 cabaran utama yang perlu dihadapi
– kecemerlangan dalam pengajaran-pembelajaran;
– kecemerlangan penyelidikan;
– kecemerlangan keupayaan institusi pendidikan tinggi memberikan sumbangan kepada ekonomi dan masyarakat;
– kecemerlangan keupayaan institusi pendidikan tinggi dalam melaksanakan fungsi-fungsi terasnya dan
– kecemerlangan dalam melaksanakan inisiatif pendemokrasian pendidikan bagi menjamin akses dan penyertaan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, keturunan, agama, warna kulit dan fahaman politik.


4.0 Modal Insan

Sekiranya kita ingin melangkah ke era ekonomi berpaksikan pengetahuan, jika kita mahu menjadi negara maju dan kekal pada tahap tersebut, pembangunan modal insan harus diutamakan. Dalam konteks dunia global, modal insan bermutu tinggi adalah satu keperluan, bukan lagi satu kemewahan.

Kualiti graduan berkait rapat dengan kualiti pengajar dan kewibawaan IPT pelajar ditempatkan. Memiliki ilmu dan kemahiran semata-mata tanpa nilai murni tidak cukup untuk membina modal insan berkualiti. Disini juga perlu diperhebatkan langkah usaha mempermudahkan gerak kerja pembangunan modal insan berkualiti yang berterusan.

Tiga puluh dua ciri Model graduan UiTM mampu memperkukuhkan usaha melahirkan graduan profesional yang berperanan membangun diri , ilmu, masyarakat dan negara serta mampu bersaing diperingkat negara dan global. Ternyata pembangunan insan yang terancang rapi memastikan pencapaian sasaran enrolmen kearah 200,000 pelajar menjelang tahun 2015 yang di tetapkan . Modal insan berkualiti seramai ini tentu akan menjadi lonjakan perdana dan memperbaiki daya saing negara. Elemen komitmen dan integriti perlu disemai agar mereka lebih berilmu dan kompetitif. Inilah cabaran besar dan juga misi nasional yang perlu dipikul



5. Budaya kesarjanaan dan keprofessionalan

Kualiti juga berkait rapat dengan ketokohan tenaga akademiknya. Dalam dunia akademik, pensyarah lazimnya menjalankan tiga peranan: 1. Pengajaran 2. penyelidikan dan 3. khidmat masyarakat.

Dalam bidang pengajaran, sasaran 200,000 pelajar mejelang 2015 peranan pensyarah tentunya lebih besar dan berbeza. untuk melahirkan graduan yang berpesonaliti , unggul, mampu bekerja sendiri, ( employable and marketable) dipersada dunia.
itu juga melibatkan aktiviti berkaitan dengan perkembangan kurikulum. Tugas penting ini bertujuan untuk menilai keberkesanan kurikulum dan mereka bentuk semula kurukulum dan melakukan proses penambahbaikan agar setiap graduan yang mesti memenuhi kehendak pihak-pihak berkepentingan.

Dalam bidang kesarjanaan penyelidikan, ianya melibatkan tenaga akademik, yang seharusnya diiktiraf kumpulan pakar sebidang. Pengiktirafan ini hanya mampu dipikul melalui kecemerlangan penyelidikan dan pembangunan (R& D&C)

Dalam bidang khidmat masyarakat, aktiviti kerja sukarela dan amal kepada masyarakat dan intitusi membentuk pensyarah lebih peka kepada kehendak pesekitaran.

6. Keperkasaan Universiti

Universiti adalah tempat untuk pengajaran dan pembelajaran, kajian dan penemuan dan perkhidmatan kepada masyarakat melalui aplikasi ilmu pengetahuan. Inilah yang membentuk budaya dan nilai universiti tersebut. Sokongan kualiti Institusi/Universiti adalah antara faktor penentu usaha untuk mencapai Kecemerlangan dan terbaik dalam kelas ( Excellence & Best in Class. ) Tentu sekali ianya bukan sahaja melibatkan perancangan tetapi haruslah menempatkan elemen pemantauan dan penilaian dalam keberkesanan perancangan tersebut.

Dalam konteks UiTM, kualiti akademik tidak bermakna dan tidak terhad kepada pengiktirafan ISO. Mutu akademik lebih luas dan merangkumi pelbagai dimensi ilmu dan budaya keilmuan. Sejak kebelakangan ini, mutu pengajian tinggi juga banyak dipengaruhi penjenamaan dan penerimaan masyarakat. Sudah pasti langkah pengukuhan penjenamaan dan promosi program perlu di lipat gandakan dan diperkasakan. Usaha membangunkan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan serantau pendidikan peringkat tertiari boleh dijalankan dengan pemasaran yang lebih strategik.

Walaupun banyak kejayaan telah diperolehi oleh Pensyarah UiTM, kita perlu melipatgandakan usaha menggarap kejayaan lebih unggul demi ”Membina Tamadun dan Menjulang Martabat Negara”

7.0 Kesimpulan

Hakikatnya, UiTM mampu menjadi universiti unggul bertaraf dunia kerana ia ditubuhkan semata-mata untuk mempastikan kedudukan Bumiputera mencapai tahap yang setanding dengan lain-lain bangsa di dunia. Sesungguhnya, usaha untuk merealisasikan aspirasi menjadi sebuah negara maju memerlukan komitmen dan kesanggupan setiap Warga UiTM untuk bekerja keras, meningkatkan jati diri dan sentiasa memperkayakan diri dengan ilmu pengetahuan. Dan tentu sekali UiTM sebagai pemangkin dan penjamin kejayaan Agenda Nasional untuk membawa ke mercu kecemerlangan, kegemilangan dan keterbilangan dalam bidang ilmu, budaya dan tamadun insan.









Rujukan

Chadwick. P, ( 1995) Academic Quality in TQM : Issue in teaching and learning, . Quality Assurance In Education, Vol 3, No 2 PP19-23

Ibrahim Shah; Menyingkap pengurusan universiti / Muhd Kamil Ibrahim, Nasrudin . Mohamed (2004). Utusan Publication .

Modiul Kursus- Asas Pengajaran dan Pembelajaran Pensyarah Baru IPTA , (2006), . (Eds) – Khadijah Rohani Mohd Yunus, et al. Shah Alam: UPENA, Universiti . Teknologi MARA.
Mohd Mustafa Mohd Ghazali (2004). Pendidikan Tinggi: Pengajar, Pengajaran, Penyeliaan dan Penilaian (Edaran Dalaman). Shah Alam BHEA, Universiti Teknologi MARA.
Penstrukturan UiTM 2001-2010, (2001). Shah Alam : Universiti Teknologi MARA.

Shanahan. P and Gerber R, (2004) Quality in university student administration : . stakeholder . Conception, Quality Assurance In Education, Vol 12, Number . 4, pp.166-174.